Friday 1 February 2013

Pelan Rumah Impian

Assalamualaikum..

Semoga sihat-sihat belaka dan hidup kita semua sentiasa diberkati Allah S.W.T..amin
Hari ni aku nak cerita tentang impian..semua orang mempunyai impian..betul? Aku pun ada impian..impian terbesarku adalah untuk membahagiakan kedua-dua orang tuaku..dan yang terdekat ialah membaiki rumahku supaya lebih selesa untuk diduduki dan dilawati. Macam mana nak capai impian tu? Buat loan? Itu adalah perkara yang biasa orang lakukan, tapi masalahnya sekarang ekonomi negara khususnya dan ekonomi dunia umumnya sedang mengalami kemerosotan dan sudah tentu menyukarkan kita semua untuk membuat pinjaman dengan bank..Jadi apa lagi yang kita boleh buat? Pinjam loan? No no no..jangan cari pasal..pinjam orang? Orang pun bukannya senang2 nak bagi kita pinjam duit even though family sendiri..Ada beberapa cara untukku mendapatkan rumah impianku :-

1. Pertama kumpul duit bulan-bulan bila dapat gaji, dalam RM300 sebulan, mmm jadi RM300 x 200 bulan = RM60,000, maka dalam 17 tahun lagi dapatlah nak baiki rumah..HAH 17 THN!? huhu..sempatkah aku nak berbakti pada ibu bapaku?? lagi pula 17 thn lagi modal tak jadi 60,000 dah..ia akan jadi 100,000..!!

2. Buat bisnes..buka kedai burger kut paling murah..dalam RM8000..sekarang takde RM8000, tapi kalu simpan RM300 sebulan x 26 bulan = RM7600..hmm lepas 2 tahun baru boleh buka kedai burger..tapi bila dah buka kedai, kena bayar gaji pekerja lagi, bayar sewa tempat dan beli barang2 buat burger setiap bulan..atau

3. Buat bisnes juga, tapi partnership dengan QI, sebuah syarikat yang besar, ada Universiti sendiri di perak (QIUP), taja F1 (sukan paling mahal di dunia), ada 2000 resort di seluruh dunia, company di PJ (QI Tower) dan sediakan semua platform untuk kita buat bisnes seperti website, ruang pejabat dan penghantaran (delivery) serta yang paling best modalnya sekali je seumur hidup..tak perlu tambah/rolling modal setiap bulan untuk beli barang2, bayar gaji pekerja dan bayar sewa kedai..modal berganda2 lagi murah dari buka kedai burger..Ok yang ni aku mampu sekarang!! Selepas ni usaha ja takyah pikir tambah modal..Flexible time sebab bisnes ni tiada tempoh masa..aku nak cepat jadi kena usaha lebih cepat...chayo2!! Target akhir tahun ni dah mula baiki rumah : ) "When you have dream, you go for it!!"

"Remove excuses from your life or you will become an excuse for living"

Jadi, di bawah ialah pelan rumahku yang dah siap direka :

Ruang sekarang (mak tidur depan tv)
Ruang tamu baru (yang akan dibuat)
 
Penyambung ruang sekarang dengan ruang yang akan dibuat nanti
Ruang tamu baru (ruang keluarga yang lebih besar), 2 pintu itu ialah pintu bilik tidur yang baru
Bilik tidur baru 1 (master bed room)
Bilik tidur baru 2
Pintu Utama Baru
Pandangan dari luar
Pelan keseluruhan
Taman bunga mak yang baru

 "Jika anda mempunyai impian..biarlah impian itu jelas sejelas-jelasnya seperti anda sudah memilikinya"
"Ya Allah, penuhilah impianku ini, kau panjangkanlah umur kedua-dua ibu dan bapaku agar aku dapat membahagiakan mereka selagi mereka ada kerana jasa mereka terhadapku tidak mampu ku balas sampai bila-bila..Semoga Kau berkati perjuanganku dan sahabat-sahabatku Ya Allah..berkatilah kami Ya Allah, rahmatilah kami Ya Allah..amin ya rabbal alamin..